PENYUSUAN SUSU IBU

19:48:00
Salam ibu-ibu semua...

           Hari ini saya nak berkongsi mengenai penyusuan susu ibu. Seandainya anda mengambil suplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.



           Kejayaan penyusuan antaranya bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.

           Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten

1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.

2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak BERDIET dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.

3. Si ibu digalakkan mendekatkan diri dengan PENCIPTA demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. 



Oleh itu ibu-ibu semua janganlah hanya bergantung kepada pengambilan suplemen sahaja untuk memperbanyakkan susu...pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.




No comments:

Powered by Blogger.