REVIEW RESTORAN THE PLATED, IOI MALL PUTRAJAYA
Minggu lepas, anak-anak request nak tengok wayang Jurassic World. Ibu dia apa lagi, eksaited juga lah kan. Penat beraya sana sini, apa kata layan wayang kejap.
So, teruslah booking online tiket untuk Jurassic World.
Lepas je tengok wayang, mula lah masing-masing update perut lapar. Hadoii. Teruslah survey-survey restoran mana yang best untuk menjamu selera.
Maka, kami anak beranak pun masuklah dalam satu restoran ala-ala western ni iaitu THE PLATED.
Best suasana dalam ni sebab rasa tenang je. Hiasan dalaman yang tak begitu crowded dan ok la. Nampak lah hipsturnya di situ.
Korang layan gambar-gambar di bawah ye. Nanti Nad letakkan caption di setiap gambar.
Antara makanan yang ada disini |
Staff sibuk di dapur |
Pintu masuk restoran ni |
Menu makan |
Makanan sesuai untuk kanak-kanak |
Anak-anak memang suka makanan disini. Kami tak order air pun dan lebih prefer minum air kosong je. |
Ruangan yang besar |
Ha..tu yang buat jadi sodap!
Total harga? Kami anak beranak makan dalam RM110. Ok la sebab banyak juga kami order,hahah..
Korang bolehlah try datang ke sini. Ada yang kata disini ada kek yang sedap tapi masa kami datang tu, kek dah habis. Next time jela..
No comments: