8 CARA MENGHILANGKAN LENGUH KAKI LEPAS PENAT SHOPPING
Pernah tak anda rasa lenguh pada kaki?
Berat nak melangkah. Kadang-kadang bukan selepas bersukan sahaja,
berdiri atau berjalan dalam tempoh lama tanpa duduk juga menyebabkan kaki lenguh.
Almaklum lah pergi jalan-jalan (baca : window shopping) semua
ceruk pasaraya, naik LRT pula.
Seharian berdiri belum kira dengan barang-barang
‘hasil tangkapan’ jika ada. Sampai di rumah mesti letih dan lenguh kaki.
Jom disini Nad kongsikan 8 cara hilangkan lenguh kaki.
1. RENDAM KAKI DENGAN
AIR GARAM BUKIT
Cuba rendam kaki dengan air suam. Jika rasa lenguh kaki itu
menular hingga ke betis, gunakan baldi yang tingi untuk mengisi air suam
tersebut sehingga paras betis.
Tambahkan satu sudu makan garam bukit dan kemudian letakkan jari kaki anda di dalam air. Tahanlah selama 10 saat, dan kembali semula ke kedudukan asalnya. Ulang beberapa kali sehingga telapak kaki anda terasa lebih ringan.
2. TUAM DENGAN AIS
Lutut sering menjadi pusat rasa lenguh
kaki. Jadi, cubalah tuam sekeliling lutut dengan ais batu yang
telah dibungkus dengan tuala. Lakukan juga di bahagian atas dan telapak kaki. Buatlah selama 10-15
minit, dan pastikankaki anda
berada di tempat yang posisinya lebih tinggi.
3. TIDUR DENGAN POSISI KAKI LEBIH
TINGGI
Cuba atasi lenguh kaki anda
meletakkan kaki pada posisi yang
lebih tinggi ketika nak tidur. Boleh gunakan bantal untuk menopang kaki, sehingga kaki anda berada dalam
kedudukan yang lebih tinggi. Posisi ini boleh membuatkan perjalanan darah di kaki menjadi lebih
lancar serta mampu mengurangkan tekanan pada kaki.
4. MINUMAN PANAS
Cara lain untuk mengurangkan lenguh kaki ialah dengan meminum air panas yang telah dicampur madu dan lemon atau
air rebusan halia. Ia dapat merehatkan tulang dan otot di tubuh.
5. LUMUR
Ambil beberapa ulas halia muda dan bawang putih. Buang kulit dan
tumbuk hingga lumat (biarkan sedikit berair). Kemudian lumur ramuan tadi pada
bahagian yang lenguh.
Sebaiknya biarkan semalaman atau biarkan hingga kering. Bersihkan kaki dan sapu minya
zaitun. Amalkan setiap minggu untuk hilangkan rasa lenguh.
6. DAUN ROSEMARY
Daun rosemary yang segar atau kering dikatakan mengandungi empat
anti peradangan yang mampu meredakan sakit otot dan mempercepatkan penyembuhan.
Ambil daun rosemary yang telah dicampur dengan air panas mendidih, biarkan suam
sedikit, kemudian gunakannya sebagai pembilas ataupun pembersih kaki.
7. URUT KAKI
Untuk meredakan kaki lenguh anda boleh
mengurut lembut kaki,
mulai dari betis sampai ke telapak kaki bagi
melancarkan kembali perjalanan darah. Anda boleh gunakan minyak zaitun, body
lotion, body oil ataupun minyak urut untuk lenguh bagi
memudahkan lagi proses mengurut kaki
Bagi mengurangkan dan meredakan rasa lenguh kaki, cubalah ambil kalsium setiap hari. Suplimen kalsium untuk lenguh kaki ialah OSTEMATRIX.
Sekiranya anda alami lenguh-lenguh kaki, bolehlah amalkan 8 tips hilangkan lenguh kaki ni.
No comments: