As salam..
Hari ini saya nak share beberapa projek Home Schooling yang saya selalu buat bersama anak-anak. Sebenarnya saya bukanlah arif sangat dalam bidang pendidikan kanak-kanak, tetapi saya banyak membuat pemerhatian dan pembacaan dalam pengalaman-pengalaman ibu yang selalu membuat aktiviti homeschooling.
Walaupun saya seorang guru, ini tidak bermakna saya mempunyai kemahiran yang banyak mengenai aktiviti kanak-kanak. Kadang-kadang tu memerah otak juga untuk memikirkan aktiviti untuk anak-anak setiap hari.
Saya dah mulakan projek homeschooling ni sejak awal tahun 2015. Pada peringkat permulaan saya hanya menggunakan CD untuk mengajar anak-anak memandangkan masing-masing berumur 3 dan 4 tahun. Saya banyak gunakan instrumen daripada GROLIER yang saya beli 4 tahun lepas. Untung juga saya beli GROLIER ni sebab dah ada disediakan bahan bacaan menarik dan alatan untuk hands on sekali.
Jom saya tunjukkan gambar-gambar beberapa aktiviti saya bersama anak-anak syurga ini..Irfan dan Auni..
|
Aktiviti tampal menampal sambil kenal warna |
|
Menyambungkan titik-titik membentuk huruf |
|
Projek menghias muka depan fail kerja masing-masing |
|
Aktiviti menggunakan bahan Grolier |
|
Aktiviti menggunakan worksheets yang saya print sendiri |
|
Aktiviti menggunakan water color |
|
Ini aktiviti sendiri apabila ibu dah takde idea nak buat apa |
No comments: