PETUA HILANGKAN JERAGAT DI MUKA SUPAYA LEBIH BERSERI-SERI
Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang terbentuk di muka dan kelihatan seakan-akan tahi lalat. Walaupun daripada saintifiknya, masalah jeragat di muka tidak membahayakan, tetapi jika ia tidak di kawal, ia bakal memberikan masalah yang lebih besar di mana kulit akan kelihatan sangat kusam dan kehitaman.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah jeragat di muka iaitu :
Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah jeragat di muka iaitu :
1. Ia disebabkan oleh
pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan
mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan
bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.
Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya
selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2: Ambil
putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga
tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3: Kutip
beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil
sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4: Ambil 2
inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam
terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun
tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah
siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30
minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi
mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5: Ambil
hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau
lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus
dan gebu.
Semoga PETUA HILANGKAN JERAGAT ini dapat menyelesaikan masalah anda. Jika nak tahu CARA HILANGKAN JERAGAT DAN PARUT JERAWAT dengan kaedah paling mudah dan berkesan, jom klik video di bawah
Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.
No comments: