Berita baik untuk orang-orang nogori khasnya di Kuala Pilah..
Jika anda gemarkan kerepek pisang rangup dan fresh, saya syorkan anda dapatkan ia daripada Puan Kamisah Osman yang tinggal di Kuala Pilah. Perusahaan kerepek pisang Puan Kamisah ini dinamakan WARIS KITO. Saya memang suka sangat kerepek pisang waris kito ni.
Perusahaan kerepek pisang waris kito dah berkembang ke seluruh pelosok Negeri Sembilan ni. Al-maklumlah, beliau dan suami sangat menjaga KUALITI kerepek pisang yang dihasilkan. Tiada bahan pengawet dan perasa tiruan yang dicampur.
Kalau nak tahu, Puan Kamisah menggunakan pisang berangan untuk menghasilkan kerepek pisang rangupnya. Memang ranguuuuppppppppp sangat....
Kalau anda semua teringin nak rasa kerepek pisang rangup waris kito atau berminat untuk membelinya secara pukal, boleh hubungi Puan Kamisah dan suaminya Encik Saini di nombor telefon di bawah. Mereka sangat mesra dan peramah tau..komfem anda puas hati
|
Kerepek pisang rangup yang siap dibungkus dan akan diambil oleh pemborong dan pembekal untuk dijual |
|
Kalau nak packing dan buat sebagai hidangan semasa kenduri pun boleh |
|
Setiap hari mesti habis berkilo-kilo |
|
Kerepek pisang rangup panas..terbaikkk...!!!! |
|
Teringin nak rasa..? Jemputlah ke rumah mereka |
|
Kerepek pisang rangup yang bakal dihantar kepada pembekal |
No comments: