ROMBONGAN TADIKA IRFAN KE MELAKA
As salam semua..
Sebenarnya dah lama nak share tentang rombongan tadika Irfan ni tapi masih belum ada kesempatan untuk menulis.
Rombongan ini sehari sahaja kerana hanya pergi ke 3 tempat di Melaka iaitu Zoo Melaka, River Cruise Melaka dan Menara Taming Sari.
Kami bertolak seawal 8 pagi supaya sampai lebih awal untuk masuk ke dalam zoo. Anak-anak saya, Irfan dan Auni menaiki bas bersama pengasuh mereka manakala saya dan suami hanya follow menaiki kereta. Al maklumlah, tengah sarat hamil 7 bulan..rasa tak larat nak naik bas.
Bukan main gembira lagi Irfan dan Auni dapat naik bas walaupun perjalanan hanya mengambil masa 2 jam. Walaupun dah masuk kali ke 3 saya datang ke zoo ini dengan anak-anak..takpe..kita layannnn jeeee...
Bergambar sebaik sahaja sampai |
Ibu dan ayah sempat posing dulu sementara anak-anak round satu zoo |
Ni memang aksi feveret diorang |
Nasib baik saya bawa bekalan performance drink ni. Alhamdulillah memang sangat bertenaga |
Alhamdulillah..tiada sakit-sakit kaki dan lenguh pinggang kerana saya sentiasa amalkan kalsium ini |
Kami bergerak pulang ke Kuala Pilah lebih kurang pukul 6 petang. Seronok saya mendengar anak-anak bercerita pengalaman mereka naik bas, pergi zoo dan naik river cruise. Semoga pengalaman ini memberikan pengajaran bermakna untuk mereka
No comments: