APA NAK BUAT BILA JEREBU?
Kita semua telah sedia maklum bahawa negara Malaysia sedang dilanda masalah JEREBU yang agak teruk sehingga sekolah terpaksa ditutup.
Ini ialah nilai bacaan IPU bagi menentukan kualiti udara sama ada berada di paras normal atau sebaliknya
Nilai IPU | Kualiti udara |
---|---|
0 - 50 | Baik |
51 - 100 | Sederhana |
101 - 200 | Tidak sihat |
201 - 300 | Sangat tidak sihat |
301 - 400 | Berbahaya |
401 - 500 | Sangat berbahaya |
Lebih 501 | Darurat |
Setakat ini bacaan IPU di Malaysia masih di paras yang TIDAK SIHAT ditambah pula kekerapan hujan yang berkurang.
KESAN KESIHATAN AKIBAT JEREBU
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada golongan kanak-kanak, orang-orang tua dan pesakit lelah. Antara penyakit yang berleluasa ketika jerebu ialah :
1) Penyakit saluran pernafasan kronik
2) Asma
3) Radang paru-paru
4) Sakit jantung
5) Sakit tekak
6) Sakit mata
7) Batuk
8) Selsema
TIPS PENJAGAAN KESIHATAN KETIKA JEREBU
Jom saya kongsikan tips penjagaan kesihatan ketika jerebu melanda negara kita :
1) Kurangkan aktiviti di luar seperti berjoging, bersiar-siar di taman dan sewaktu dengannya.
2) Sentiasa cuba untuk berada di dalam kawasan tertutup dan jika terpaksa keluar, pakailah penutup hidung dan mulut
3) Apabila memandu kereta, gunakan penghawa dingin daripada membuka cermin kenderaan.
4) Banyakkan minum air masak kosong iaitu minimum 8 gelas sehari
5) Basuh muka dan tangan dengan bersih terutamanya ketika menjalankan aktiviti di luar
6) Ambil suplimen sebagai salah satu inisiatif untuk menguatkan imun badan. Suplimen yang saya cadangkan ialah Nutriferon Shaklee dan Vitamin C Shaklee.
6) Ambil suplimen sebagai salah satu inisiatif untuk menguatkan imun badan. Suplimen yang saya cadangkan ialah Nutriferon Shaklee dan Vitamin C Shaklee.
Selain daripada 6 tips di atas, kita digalakkan juga untuk memasak makanan sendiri di rumah. Jika terpaksa makan juga di luar, pilihlah kedai makan yang tertutup atau berada di dalam bangunan.
Seandainya anda mempunyai tanda-tanda penyakit seperti yang saya kongsikan di atas, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
No comments: