MERAWAT KULIT KERING DAN KUSAM SUPAYA TAK NAMPAK TUA
Saya tengok sekarang banyak sangat produk kosmetik di
pasaran yang dijual tanpa kelulusan KKM. Ramai wanita yang sanggup berhabis duit yang banyak bagi mendapatkan
kulit yang “flawless” gitu. Tapi tahukah anda penggunaan bahan kimia yang
keterlaluan seperti pengelupasan dengan merkuri akan mencederakan wajah?
Sebaiknya gunalah produk kecantikan yang diperbuat daripada
bahan semulajadi. Ramai juga yang tidak tahu jenis kulit masing-masing sehingga
tersilap memilih bahan kosmetik. Akibatnya kulit menjadi lebih teruk dan
semakin hodoh.
Antara masalah kulit yang kerap dihadapi oleh kaum wanita
ialah masalah kulit kering. Penyebab kepada kulit kering ialah kekurangan
sebum, minyak dan komponen hidrofil iaitu asid amino dan asid laktik yang
melembabkan permukaan kulit.
Ciri-ciri kulit kering ialah lebih mudah merekah, kusam,
sensitif, mengelupas dan tegang. Jaga-jaga wahai pemilik kulit kering kerana
anda mudah terdedah kepada masalah kedutan. Kadangkala kedutan lebih halus di
tepi mata dan garis senyum mudah kelihatan berbanding kulit jenis lain.
Kulit jenis ini akan terasa tegang dan seperti ditarik-tarik
pada hampir seluruh bahagian wajah setiap kali selepas dicuci dan terasa
seperti bersisik.
TIPS MERAWAT KULIT KERING
- Pastikan gunakan pelembab kulit.
- Elakkan penggunaan penyegar yang berasaskan alcohol kerana ia akan mengeringkan lagi kulit anda
- Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk melembabkan kulit kering
- Banyakkan makan protein seperti telur dan ayam untuk menambahkan kelembapan kulit
Selain mengamalkan tips di atas, saya cadangkan anda
mengambil bekalan nutrisi tambahan daripada Shaklee iaitu Collagen Powder,
Vitamin C dan Vitamin E. Ketiga-tiga ini sangat membantu proses penambahbaikan kulit supaya menjadi normal dan kembali pulih seperti biasa. Untuk penjagaan luaran pula boleh amalkan SET ENFUSELLE Shaklee
Kadang-kadang tanpa kita sedari, kulit kita menjadi kering
kerana kekurangan nutrisi. Kulit pun perlukan makanan tau untuk kekal segar dan
cantik.Jadi, apa tunggu lagi? Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering dan kusam, cepat-cepatlah ambil tindakan sebelum ada orang tegur kita nampak tua. Hubungi saya jika perlukan konsultasi mengenai kesihatan dan kecantikan kulit.
NAD
Call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com
Nak tahu Tips Kulit Cantik Macam Artis K-Pop? ( Klik SINI)
Nak Tahu Tips Cantik Jelita Walaupun Sedang Hamil? (Klik SINI)
Nak Tahu Tips Cantik Jelita Walaupun Sedang Hamil? (Klik SINI)
No comments: