Tips Memilih Pam Payudara Untuk Ibu Bekerja
Salam..
Apabila sebut sahaja tentang penyusuan susu ibu, pasti tidak dapat lari daripada terbayangkan pam payudara. Begitu juga dengan saya. Saya sendiri juga mempunyai 3 jenis pam payudara yang berlainan iaitu 1 pam elektrik dan 2 jenis pam manual.
Saya lebih suka menggunakan yang manual mungkin kerana saya tidak mahir mengendalikan yang elektrik.Alhamdulilah..walaupun menggunakan pam manual, saya masih dapat menyimpan susu perahan yang banyak. Tambah-tambah pula mengamalkan SET MENYUSU SHAKLEE.
Saya tahu, ramai yang agak berkira untuk membeli pam payudara dengan alasan agak mahal. Tetapi ketahuilah anda, antara punca kegagalan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah salah memilih pam payu dara.Apapun, semua keputusan terletak di tangan anda. Jom saya kongsikan 3 tips paling best untuk memilih pam payudara:
1) SELESA
Pada peringkat permulaan, saya sendiri ada 2 jenis pam payudara iaitu Unimom Mezzo dan Spectra tetapi saya hanya selesa menggunakan Unimom Mezzo sahaja mungkin kerana pengeluaran susu saya lebih baik dan penggunaannya yang tidak menyakitnya payudara saya. Hisapannya tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat. Terdapat juga ibu yang suka menggunakan pam Spectra kerana pengeluaran susu mereka lebih banyak daripada menggunakan yang manual. Untuk anak kedua ini, saya memilih pam jenis Avent Manual dimana produktiviti susu saya lebih banyak daripada menggunakan Unimom Mezzo.
2) KAEDAH PAM
Untuk ibu yang bekerja, masa mereka adalah terhad. Pengalaman saya, saya akan pam pada waktu yang sama pada setiap hari iaitu pada pukul 10 pagi dan 1 tengahari. Alhamdulillah, terbukti berkesan ia meningkatkan pengeluaran susu saya. Ibu-ibu yang bekerja dinasihatkan menggunakan pam berganda untuk pam secara serentak supaya ia lebih menjimatkan masa anda.
3) DAYA TAHAN PAM
Ada kawan saya yang membeli kelengkapan penyusuan daripada internet kerana harganya lebih murah tetapi tidak sampai 2 bulan, pam payudara itu dah rosak. Malah, payu daranya juga melecet akibat corong pam yang tidak sesuai dengan payu dara. Ingat, pilihlah pam yang mempunyai ketahanan yang tinggi kerana anda akan gunakannya untuk jangka masa yang lama. Jangan pilih pam kerana promosinya yang murah. Selain itu, alat gantinya perlulah mudah didapati jika ada mana-mana bahagian pam yang rosak.
Di bawah ini adalah semua pam payudara yang telah saya cuba.
Kesimpulannya, walaupun pelbagai jenama dan jenis pam payudara di pasaran, ia hanya betul-betul berfungsi jika anda tahu cara untuk menggunakannya dan konsisten dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda memilih pam susu yang terbaik.
Jika andai inginkan konsultasi mengenai penyusuan susu ibu, hubungi saya untuk dapatkan info yang terbaik.
Nad
call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com

Avent Manual
Unimom Mezzo
Spectra 3

No comments: