PETUA DI DAPUR
Salam 7 Ramadhan semua..dah siap masak di dapur??jom saya kongsikan sedikit petua semasa memasak di dapur..
1) HILANGKAN LUMPUR PADA KERANG
- Masukkan kerang ke dalam besen yang berisi air dan kemudian ramas kerang tadi dengan menggunakan surat khabar. Ramas dalam masa 5 hingga 10 minit dan bilas. Lumpur tadi akan hilang keseluruhannya
2) MENGHALAU LALAT DI DAPUR
- Ambil dua batang lilin dan nyalakan apinya. Selepas itu, letakkannya di meja makan atau pada tempat meletak hidangan. Hasilnya, lalat tidak akan menghurung hidangan anda.
3) TAJAMKAN MATA PISAU PENGISAR
- Untuk menajamkan kembali mata pisau pengisar, anda hanya perlu kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Hasilnya, mata pisau akan kembali tajam
4) HILANGKAN BAU PETAI
- Rendam petai dalam air basuhan beras selama kira-kira setengah jam sebelum dimasak
5) ELAK SEMUT PADA BEKAS GULA
-sapukan sekeliling bekas gula tersebut dengan minyak.
Diharapkan petua-petua ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu menguruskan masakan di dapur..
selamat memasak!!!!
No comments: