PETUA NAIKKAN SERI WAJAH
Saya tahu kita sebagai wanita cenderung berwajah pucat. Selain air muka tampak lesu, warna bibir yang lebam memburukkan lagi keadaan. Sudahnya, ada wanita yang sanggup melaburkan banyak wang demi mengembalikan seri wajah. Anda mahu menyerlahkan seri wajah dengan cara yang paling mudah, murah dan selamat? Di sini saya akan kongsikan 4 petua bagi menaikkan seri wajah.
a) AMALKAN DAUN LEMUNI
Ambil beberapa helai daun lemuni. Sesetengah orang memanggilnya daun lengundi. Rebus daun ini dan minum airnya. Pucuknya pula boleh dibuat ulam. Amalkan selalu untuk kesan yang memberangsangkan.
b) KEHEBATAN AIR KELAPA
Sapukan air kelapa ke seluruh wajah kemudian biarkan kering. Selepas itu, cucilah kembali dengan air bersih. Ia juga membantu untuk memudarkan parut.
c) MINUM AIR SEBELUM MANDI
Untuk menaikkan seri wajah dari dalam, minumlah segelas air kosong (suam) sebaik sahaja bangun tidur. Lakukan sebelum anda menggosok gigi dan mandi. Amalkannya setiap hari.
d) HANYA JARI
Sebelum mandi, gunakan jari telunjuk dan rautkan dengan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi. Berselawatlah waktu itu. Ulangi sebanyak tiga kali dan amalkannya setiap hari. Amalan ini dipercayai membantu mengelakkan kulit berkedut.
Semoga dengan petua yang saya kongsikan ini dapat membantu wanita di luar sana bagi menaikkan seri wajah dengan cara yang mudah, murah dan selamat.
No comments: